Sunday 22 May 2011

Cara-cara mengikat Umpan pada mata kail

Simpulan Turly


Simpulan Bulatan Tuna




Simpulan untuk Umpan Lembut

Simpulan Duncan's Loop


Ikatan Shock Tippet & Leader Knot

Jenis-jenis Mata Kail (pilih lah yg sesuai untuk mata kail anda)

  MATA DUA ( DOUBLE HOOKS )


Mata 2 juga biasanya digunakan untuk umpan tiruan seperti mata 3 tadi. Ia mempunyai 2 mata sahaja dan kelebihannya ia agak keras dan sukar untuk ikan yang mempunyai rahang yang kuat. Mata jenis ini kebanyakan hanya dijual di luar negara dan di Malaysia ini ia begitu sukar untuk diperolihi lantaran kurang sambutan.

MATA O'SHSUGHNESSY.


Mata jenis ini memiliki teras yang panjang tetapi berleher pendek, jurang yang rapat dan lembing yang pendek.Ia sangat sesuai digunakan untuk memerangkap ikan yang suka menggetu umpan ( ikan yang menggetu gemar mencuri umpan secara perlahan dengan mengigit sedikit demi sedikit umpan. Anda akan menyentap joran bila terasa getuan yang kuat dan kebiasaannya ikan akan terlepas. Anda hanya akan mengarau mata yang telah kosong. Namun begitu anda akan sentiasa merasa renggutan umpan dimakan ikan. Jika anda memancing ikan karang yang sederhana saiznya, eloklah anda menggunakan mata kail yang berteras halus kerana bila tersangkut ia mudah lurus dan senang membentuknya semula

MATA TIGA ( TREBLE HOOKS )

  
Mata kail jenis ini dari gabungan 3 mata kail dijadikan satu. Ia biasanya dipasang pada umpan tiruan seperti gewang, jig, popper dan sebagainya. Kelemahannya, ia mampu dikunyah olih rahang ikan yang kuat. Anda bolih mengujinya dengan melakukan demonstrasi seperti berikut,....letakkan mata mata 3 tersebut dipermukaan yang keras dan jatuhkan keatas sesuatu benda yang keras contohnya seperti buku atau benda yang berat. Anda harus berhati-hati melakukannya, jika tersilap teknik ia bolih mendatangkan kecederaan yang serius kepada anda. Walaupun ia agak rapuh tetapi ia bolih bertukar kepada pelbagai jenis kekuatan ekstra mata 3 seperti kekuatan 3x, 4x, 5x.

MATA LINGKAR ( CIRCLE HOOKS )


 Mata lingkar ini sesuai untuk digunakan bagi umpan yang asli dan sesuai untuk menjerat ikan yang gemar menyambar dan memecut lari atau yang menyambar, menelan dan memecut lari. Mata ini berbentuk hampir bulat dengan hujung matanya yang tajam melengkung kedalam. Ia tidak sesuai untuk jenis ikan yang makannya secara menggetu,juga
tidak sesuai untuk pancingan tunda kecuali menggunakan umpan hidup atau mati. Mengikut kajian penggunaan mata jenis lingkar ini kadar sangkutannya adalah lebih 95%. Apabila ikan menyambar umpan dan melarikannya, perambut dan tali yang tegang akan membawa mata kail kesudut mulut atau tepi rahang ikan. Samaada umpan telah ditelan atau tidak, bahagian jurang mata kail ( gap ) akan tergelincir pada tulang rahang atau sudut mulut ikan. ketegangan yang meningkat akan memaksa mata kail tersangkut dengan baik dan sukar untuk melepaskan diri. 
 
MATA BIG GAME / TUNDAAN ( TROLLING )
 
 
Mata kail jenis ini mempunyai luyut yang lebar, leher yang panjang, tahap penembusan yang jauh dan jurang yang rapat.Ia diperbuat dari besi yang kuat dan tebal, sebab ita penembusannya lebih baik dan teguh dimana luyutnya dapat memberikan tusukan ketulang rahang dengan baik sekali. Ia amat sesuai digunakan untuk kedua-dua jenis umpan samaada umpan hidup, mati atau umpan tiruan contohnya untuk pancingan tundaan ( trolling ).

Petua Kaki Pancing

Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.

Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.

OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.

Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.

Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.
Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.

Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.

"SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MEMANCING"

Jenis-Jenis Umpan Pancing (Tiruan / Umpan Hidup)


A. Umpan Laut Dalam
Kebanyakan umpan yang digunakan disini lebih kepada penggunaan Umpan segar dan hidup. Kebiasaan sebelum melakukan aktiviti memancing , usaha mencari umpan hidup akan dilakukan dengan kebanyakannya menggunakan Apollo.(Tali pancing yang diikat dengan mata kail yang banyak) Ikan Umpan yang sering di gunakan akan menggunakan kaedah pancing dasar, dibiar hanyut dan tidak kurang menggunakan pelampung seperti belon.

1.Umpan Ikan Segar spt. Ikan Kembung, Selar, Tamban, Tongkol dll.
2.Gewang (Rapala)
3.Sotong Hidup
( Ikan Utama: Tenggeri, Jemuduk, Pari, Alu-Alu, Merah, Yu dll )



B. Umpan Air Masin (terutama bahagian Muara Laut) ,
Aktiviti disini turut melibatkan pasang surut air serta tahap kemasinan air laut memainkan peranan bagi pemancing yang peka tentang keadaan dan masa yang sesuai untuk turun memancing. Umpannya pula ada yang boleh dibeli dan tidak kurang mencari sendiri terutama apabila air surut dengan menggunakan jala dan sebagainya.


1.Udang Hidup
2.Perumpun
3.Tamban
4.Wat Wat Bakau
5.Hirisan Ikan
6.Gewang
(Ikan Utama: Siakap,Jenahak, Kaci, Tebal Pipi, Sembilang, Tetanda dll )



C. Umpan Ikan Air Tawar (Hulu-Hulu Sungai spt. Tmn. Negara)
Kaedah penggunaan Umpan dikawasan ini lebih kepada pembacaan tentang ikan-ikan yang menjadi penghuni sesatu-satu tempat. Biasanya ikan-ikan seperti Kelah atau Sebarau lebih menjadi buruan. Mungkin penyediaan Umpan disini boleh dianggap lebih remeh dari ikan air masin kerana telah menjadi ikutan, ikan-ikan disini harus ada ‘pemanggil’ agar berada berhampiran tempat memancing. Namun kiranya seseorang yang sanggup meredah satu-satu lubuk itu sendirian atau berdua mereka lebih kepada suasana yang sunyi tanpa memerlukan ‘pemanggil’. Pemanggil yang dimaksudkan ialah seperti tukun,dari buah Kelapa Sawit atau Ubi kayu yang diikat dan dibiarkan terendam didalam air .


1.Kelapa Sawit
2.Buah Neram
3.Ulat Sagu
4.Cengkerik
5.Ubi Kayu
6.Cacing Tanah
7.Perut Ayam
8.Gewang (mengilat)
( Ikan Utama: Kelah, Sebarau, Tengas, Kejor, Baung, Kalui, Kelisa dll )


D. Umpan Sungai (Lombong,Anak Sungai & Tali Air)
Kebiasaan Aktiviti disini tidak memerlukan persiapan yang boleh dianggap ‘berat’, atau lebih tepat lagi ia dilakukan dalam jangkamasa yang singkat seperti waktu memancing dan kawasan memancing yang berhampiran. Umpannya pula banyak terdapat dikedai-kedai dengan harga yang murah berbanding Umpan Air Msin dan persiapan untuk Umpan Air Tawar.


1.Katak
2.Cacing
3.Anak Udang
4.Pisang
5.Tepung & Dedak (Hong)
6.Roti
7.Anak Ikan
8.Hati Ayam
9.Telur Kerengga
(Ikan Utama: Haruan, Patin, Talapia, Rohu, Lampam, Toman, Bujuk dll)
Walau bagaimana pun seperti dinyatakan diatas penggunaan Umpan lebih tertumpu kepada niat pemancing sendiri terutama yang telah menjadi ‘pelanggan’ tetap bagi sesuatu lubuk. Salah satu umpan yang dimaksudkan seperti Umpan Tapa kursus untuk tangkapan Ikan Baung. Disini adalah diingatkan agar penggunaan daging adalah dilarang kerana Umpan sebegitu lebih mengundang masalah kepada pemancing sendiri. Ada kalanya pemancing mempunyai kaedah sendiri dalam penggunaan Umpan namun prinsipnya tetap sama iaitu untuk mendapat hasil yang memuaskan. Bagi penggunaan Umpan Air Masin ,Udang Hidup adalah Umpan yang terbaik kerana perbagai jenis ikan amat mengemari Umpan ini kerana pergerakkannya didalam air mudah menarik minat ikan disitu. Selain Ikan Siakap, Ikan Kerapu dan Jenahak turut terpesona dengan penggunaan Umpan Udang Hidup. Adakalanya diakui Umpan seperti perumpun dan tamban turut boleh menambat ikan-ikan ini tapi peluang Umpan Udang Hidup lebih tinggi. Disinilah yang dikatakan nasib dan rezeki. Oleh itu apa jua yang ingin dilakukan dahului dengan Bismillah dan Selawat serta ingat Allah selalu..

Petua Memilih Joran


Membelilah mengikut kemampuan. Murah atau mahal tidak menjadi masalah asalkan memberi 'perkhidmatan' terbaik untuk memancing. Namun kebiasaan yang mahal mempunyai kualiti yang agak sempurna. Jika memilih joran fikirkan adakah ia sesuai dengan gaya memancing anda. Samada untuk kegunaan memancing di laut, memancing di sungai, memancing di muara, memancing di tasik atau sebagainya.

Alat memancing, diperbuat dari gentian kaca, grafit atau gabungan karbon seperti boron atau grafit kevlar. Bahan-bahan ini sebenarnya mempengaruhi gaya memancing anda. Jika anda memegang joran untuk memancing dalam jangka waktu yang lama atau ketika melakukan 'casting', joran yang sesuai adalah jenis joran memancing aksi ringan, supaya tangan anda tidak cepat lenguh.


 

Joran dari jenis karbon dan grafit adalah lebih ringan dan lebih mahal dari joran dari jenis gentian kaca. Joran untuk kekili mendatar mempunyai bilangan cincin antara 5 hingga ke 7. Jumlah yang seimbang memberi lenturan yang seimbang. Ketika membeli joran, anda hendaklah memeriksa cincin joran dengan teliti, kerana walaupun joran anda kelihatan baru terdapat juga cincin yang rosak atau retak dimana ia boleh merosakkan tali pancing anda.Bentuk cincin joran


Terdapat tiga jenis cincin yang boleh didapati :

Cincin joran berkaki tiga
Cincin joran berkaki empat
Cincin Joran berkaki tunggal

Didapati bahawa cincin berkaki tunggal dan berkaki tiga lebih baik kerana ia lebih elastik, dimana ia akan dapat mengikut lenturan joran, manakala jenis cincin joran berkaki empat tidak dapat berbuat demikian.Pemegang joran - pemogan joran untuk memancing yang popular ialah dari jenis gabus dan span.

Pemegang gabus kelihatan sedap dipandang dan sudah tentu harganya lebih mahal sedikit dari jenis span.Sekiranya anda memilih joran yang mempunyai 2 bahagian, pastikan sambungannya mestilah padu dan kukuh. Penyambung yang bagus akan menghasilkan bunyi 'pop' apabila ditanggalkan.

Wahhh Besar Punyaaa ;)